PENGENALAN
Hoki
merupakan salah satu permainan yang popular di dunia. Permainan ini mula
dikenali di peringkat antarabangsa sekitar tahun 1890-an dan telah menjadi satu
sukan demonstrasi di sukan Olimpik pada tahun 1900 di paris. Ia telah di
pertandingan di sukan Olimpik secara tetap mulai tahun 1928 yang diadakan di
Amsterdam. Kini selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan sebagai satu
permainan antarabangsa, didapati berlaku banyak perubahan dalam peraturan, gaya
permainan, alatan dan permukaan permainan hoki itu sendiri. Permainan itu
semakin popular tanpa menukar bentuk asal atau ciri permainannya. Pada masa
kini, lebih kurang 112 buah negara memainkan permainan ini.
SEJARAH HOKI
Pasukan
hoki yang pertama di dunia ditubuhkan dalam tahun 1840. pasukan ini telah
ditubuhkan oleh sekumpulan pemain di London dan seterusnya diikuti oleh
beberapa pasukan yang lain. kelab tertua adalah di dunia adalah Kelab Hoki
Blackheath, di sebelah Selatan London dan pasukan hoki hanya ditubuhkan dalam
tahun 1861. Ini kerana pemain hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja.
Kelab inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan undang-undang hoki yang lebih
tersusun lagi walaupun ianya tidak sebegitu kemas seperti sekarang, tetapi ia
menjadi garis panduan bagi undang-undang dan peraturan masa kini dan berubah
dari masa ke masa. Antara aspek yang ditekankan adalah dari segi permainan,
mewujudkan khidmat pengadil, had kawasan permainan untuk memudahkan kawalan
bola dan seterusnya mengenakan hukuman tertentu bagi mereka yang melakukan
kesalahan.
Pada
tahun 1875, satu mesyuarat yang diadakan di London dan undang-undang ini
diterima dan diluluskan untuk perlawanan. Pada tahun 1886, Permainan hoki telah
diterima sebagai satu sukan yang dipertandingkan dan menjadi satu permainan
yang bertaraf antarabangsa. Dari England permainan ini tersebar ke
negara-negara seperti Amerika Syarikat, India dan beberapa negara Asia serta
Eropah yang lain .
SEJARAH HOKI DI MALAYSIA
Perkembangan
hoki turut tersebar di rantau Asia pada abad ke 19. askar British telah
memperkenalkan permainan hoki ke Malaysia pada abad ke 19. Pada peringkat awal
permainan ini tidak mampu untuk menarik minat penduduk negara ini. Minat hanya
ditunjukkan oleh orang Inggeris dan Eropah. Lama kelamaan permainan hoki ini mula
dimainkan oleh penduduk tempatan. Permainan hoki dimainkan buat pertama kalinya
di Malaysia pada 30 November 1898 di Padang Kelab Selangor yang kini menjadi
Dataran Merdeka.
Pada
tahun 1904 telah diadakan satu pertandingan hoki di antara negeri Selangor dan
Singapura. Pertandingan ini telah membuka mata penduduk dari kedua-dua negeri
mengenai sukan hoki walaupun hampir keseluruhan pemain adalah terdiri daripada
rakyat Inggeris atau Eropah. Bermula pada tahun 1920 permainan ini telah mula
mendapat sambutan di negara ini dan pada tahun 1926. Satu perlawanan yang
melibatkan penduduk tempatan telah diadakan di antara Negeri-negeri Melayu
Bersekutu menentang Negeri-negeri Selat. Penubuhan pasukan hoki negara ini
adalah pada tahun 1932. Perlawanan pertama pasukan hoki tersebut adalah dengan
perlawanan persahabatan dengan negara India yang baru sahaja memenangi pingat
emas dalam Sukan Olimpik pada masa itu. Perlawanan itu berkesudahan dengan
kemenangan negara India 7-1.
Beberapa
tahun selepas itu, pasukan hoki negara kita telah mengadakan pertandingan di
Hong Kong dan Macao. Pasukan negara kita telah memenangi kesemua perlawanan
yang diadakan. Selepas itu pasukan Macao mengadakan lawatan balas dan
mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan negara kita dan negara kita
menang dalam kedua-dua pertandingan tersebut.
Liga
Hoki pertama bermula pada tahun 1946 di Taiping, diikuti pula dengan Kuala
Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.
Pada
tahun 1948 tertubuhlah Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF). Pada tahun 1953 MHF
telah bergabung dengan FIH untuk membolehkan negara kita mengambil bahagian
dalam sebarang kejohanan anjuran badan dunia itu. Seterusnya MHF bersama dengan
Kesatuan Olahraga Malaya menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan, iaitu pada tahun
1951. Kejohanan antara negeri itu kini menjadi acara tetap MHF.
Allahyarham
Tun Abdul Razak, Ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri telah dilantik
sebagai Presiden MHF (1957). Beliau telah menghadiahkan sebuah piala yang
menjadi rebutan bagi pertandingan antara negeri itu. Piala itu dinamakan Piala
Razak sempena nama beliau dan pada tahun 1963 pertandingan Piala Razak
dimulakan.
Malaysia
adalah sebuah negara yang terkemuka dalam sukan ini di Asia Tenggara. Antara
kategori yang dipertandingkan adalah bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah
18 tahun. Kini, permainan hoki di atas padang tiruan (permukaan sintetik)
semakin popular. Perlawanan peringkat antarabangsa tidak lagi menggunakan
padang rumput. Stadium Tun Razak Dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur adalah
antara padang yang menggunakan rumput tiruan tersebut.
Tq for your information
ReplyDeletetq for your information
ReplyDelete