Assalamualaikum and Hi! This blog is all about field hockey. Hope you find it useful :)

Video Hoki :)


Pasukan Hoki kebangsaan Malaysia

Ranking Dunia dan Asia

Ø  Menduduki tangga ke-12 terbaik di dunia.
Ø  Manakala dalam benua Asia, menduduki tangga ke-4

Pencapaian terbaik Sukan Hoki Negara

Ø  Piala Dunia Hoki ialah tempat keempat
Ø  Liga Hoki Dunia ialah tempat kesebelas
Ø  Sukan Olimpik ialah tempat kelapan
Ø  Trofi Juara-Juara ialah tempat keenam
Ø  Piala Sultan Azlan Shah ialah naib johan
Ø  Cabaran Juara-Juara ialah tempat ketiga
Ø  Sukan Asia ialah naib johan
Ø  Piala Asia ialah tempat ketiga
Ø  Trofi Juara-Juara Asia ialah tempat ketiga
Ø  Sukan Komanwel ialah naib johan
Ø  Piala ASEAN ialah juara
Ø  Sukan Sea ialah juara

Senarai pemain hoki kebangsaan menuju ke Piala Sultan Azlan Shah 2016

Ø  1        GK      Roslan  Jamaluddin   18 Disember 1978 (37 tahun)         Malaysia
Ø  16      GK      Muhammad Hafizuddin Othman                Malaysia
Ø  14      DF      Azlan Misron  21 Mei 1983 (32 tahun)       Malaysia Terengganu HT
Ø  12      DF      Mohamad  Sukri Abdul Mutalib       24 Februari 1986 (30 tahun) Malaysia KLHC
Ø  DF      Mohammad Izad Hakimi      2 November 1992 (23 tahun)         Malaysia
Ø  17      DF      Razie Rahim Captain sports.svg      25 Ogos 1987 (28 tahun)     Malaysia KLHC
Ø  9        DF      Baljit Singh Charun    22 September 1986 (29 tahun)       Malaysia
Ø  18      MF      Faiz Helmi Jali 18 Februari 1992 (24 tahun) Malaysia
Ø  MF      Meor Muhamad Azuan Hasan         16 Februari 1994 (22 tahun) Malaysia
Ø  6        MF   Muhammad Marhan Mohd Jalil 5 Mac 1990 (26 tahun)        Malaysia
Ø  MF      Nabil Fiqri Mohammad Noor 14 April 1987 (28 tahun)      Malaysia KLHC
Ø  11      MF      Mohd Shahrun Nabil Abdullah         5 Januari 1986 (30 tahun)    Malaysia Terengganu HT
Ø  MF      Muhammad Shahril Saabah  28 Mac 1994 (22 tahun)      Malaysia TNBHC
Ø  23      FW     Tengku Ahmad Tajudin        5 Januari 1986 (30 tahun)    Malaysia Terengganu HT
Ø  FW     Muhammad Haziq Shamsul   5 September 1994 (21 tahun)        Malaysia
Ø  10      FW     Faizal Saari    13 Januari 1991 (25 tahun)   Malaysia Terengganu HT
Ø  FW     Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin       29 Mac 1989 (27 tahun)      Malaysia
Ø  13      FW     Muhammad Firhan Ashari


Peralatan Sukan Hoki



1. Padang Hoki



2. Pintu Gol & Jaring



3. Tiang Bendera



4. Bola



5. Alatan Penjaga Gol



7. Kasut





Undang-Undang Hoki

UNDANG-UNDANG HOKI

PERATURAN

  1. Pemain hendaklah sentiasa memegang kayu di tangan. 
  2. Dilarang memegang, memukul, menyangkuk atau menyepak kayu pihak lawan. 
  3. Dilarang menaikkan bola dengan cara bahaya.
  4. Dilarang bermain bola menggunakan tangan atau kaki 
  5. Bola mestilah tidak terkena kaki.
  6. Antara faul yang biasa dilakukan adalah seperti berikut : 
  • Menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola.
  • Memainkan bola melebihi paras bahu. 
  • Menggunakan tubuh untuk menghalang pihak lawan daripada memainkan bola.
  • Menyerang, menyepak atau menolak pihak lawan dan memegang pakaian dengan tujuan mengganggu atau mencederakannya.                               
    7.  Hukuman terhadap faul

  PERATURAN ASAS


·         bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan untuk menggantikan pemain.  Namun, permainan akan diberhentikan sekiranya ingin menggantikan penjaga gol.
·         Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.
a)   Ketua pasukan
-Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam kalangan mereka.
b) Pakaian dan peralatan pemain
- Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan lawan.

c)    Perlawanan dan keputusannya
Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa.
d)Permulaan permainan
Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak diserang.

e) Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan

-       Bermain bola dengan back stick

Pengenalan dan Sejarah Hoki

PENGENALAN

Hoki merupakan salah satu permainan yang popular di dunia. Permainan ini mula dikenali di peringkat antarabangsa sekitar tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan demonstrasi di sukan Olimpik pada tahun 1900 di paris. Ia telah di pertandingan di sukan Olimpik secara tetap mulai tahun 1928 yang diadakan di Amsterdam. Kini selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan sebagai satu permainan antarabangsa, didapati berlaku banyak perubahan dalam peraturan, gaya permainan, alatan dan permukaan permainan hoki itu sendiri. Permainan itu semakin popular tanpa menukar bentuk asal atau ciri permainannya. Pada masa kini, lebih kurang 112 buah negara memainkan permainan ini.


SEJARAH HOKI

Pasukan hoki yang pertama di dunia ditubuhkan dalam tahun 1840. pasukan ini telah ditubuhkan oleh sekumpulan pemain di London dan seterusnya diikuti oleh beberapa pasukan yang lain. kelab tertua adalah di dunia adalah Kelab Hoki Blackheath, di sebelah Selatan London dan pasukan hoki hanya ditubuhkan dalam tahun 1861. Ini kerana pemain hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Kelab inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan undang-undang hoki yang lebih tersusun lagi walaupun ianya tidak sebegitu kemas seperti sekarang, tetapi ia menjadi garis panduan bagi undang-undang dan peraturan masa kini dan berubah dari masa ke masa. Antara aspek yang ditekankan adalah dari segi permainan, mewujudkan khidmat pengadil, had kawasan permainan untuk memudahkan kawalan bola dan seterusnya mengenakan hukuman tertentu bagi mereka yang melakukan kesalahan.
Pada tahun 1875, satu mesyuarat yang diadakan di London dan undang-undang ini diterima dan diluluskan untuk perlawanan. Pada tahun 1886, Permainan hoki telah diterima sebagai satu sukan yang dipertandingkan dan menjadi satu permainan yang bertaraf antarabangsa. Dari England permainan ini tersebar ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, India dan beberapa negara Asia serta Eropah yang lain .

 SEJARAH HOKI DI MALAYSIA

Perkembangan hoki turut tersebar di rantau Asia pada abad ke 19. askar British telah memperkenalkan permainan hoki ke Malaysia pada abad ke 19. Pada peringkat awal permainan ini tidak mampu untuk menarik minat penduduk negara ini. Minat hanya ditunjukkan oleh orang Inggeris dan Eropah. Lama kelamaan permainan hoki ini mula dimainkan oleh penduduk tempatan. Permainan hoki dimainkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 30 November 1898 di Padang Kelab Selangor yang kini menjadi Dataran Merdeka.
Pada tahun 1904 telah diadakan satu pertandingan hoki di antara negeri Selangor dan Singapura. Pertandingan ini telah membuka mata penduduk dari kedua-dua negeri mengenai sukan hoki walaupun hampir keseluruhan pemain adalah terdiri daripada rakyat Inggeris atau Eropah. Bermula pada tahun 1920 permainan ini telah mula mendapat sambutan di negara ini dan pada tahun 1926. Satu perlawanan yang melibatkan penduduk tempatan telah diadakan di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu menentang Negeri-negeri Selat. Penubuhan pasukan hoki negara ini adalah pada tahun 1932. Perlawanan pertama pasukan hoki tersebut adalah dengan perlawanan persahabatan dengan negara India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik pada masa itu. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan negara India 7-1.
Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki negara kita telah mengadakan pertandingan di Hong Kong dan Macao. Pasukan negara kita telah memenangi kesemua perlawanan yang diadakan. Selepas itu pasukan Macao mengadakan lawatan balas dan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan negara kita dan negara kita menang dalam kedua-dua pertandingan tersebut.
Liga Hoki pertama bermula pada tahun 1946 di Taiping, diikuti pula dengan Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.
Pada tahun 1948 tertubuhlah Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF). Pada tahun 1953 MHF telah bergabung dengan FIH untuk membolehkan negara kita mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan anjuran badan dunia itu. Seterusnya MHF bersama dengan Kesatuan Olahraga Malaya menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan, iaitu pada tahun 1951. Kejohanan antara negeri itu kini menjadi acara tetap MHF.
Allahyarham Tun Abdul Razak, Ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri telah dilantik sebagai Presiden MHF (1957). Beliau telah menghadiahkan sebuah piala yang menjadi rebutan bagi pertandingan antara negeri itu. Piala itu dinamakan Piala Razak sempena nama beliau dan pada tahun 1963 pertandingan Piala Razak dimulakan.
Malaysia adalah sebuah negara yang terkemuka dalam sukan ini di Asia Tenggara. Antara kategori yang dipertandingkan adalah bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Kini, permainan hoki di atas padang tiruan (permukaan sintetik) semakin popular. Perlawanan peringkat antarabangsa tidak lagi menggunakan padang rumput. Stadium Tun Razak Dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur adalah antara padang yang menggunakan rumput tiruan tersebut.